----- Feel Free To visit my blog -------!>
Searching for....jannah

Memories of Love
sweet owner
letak curSoR pada gmbar



Hello and Assalamualaikum...Salam Ukhwah fillah..Semoga kalian dirahmati ALLAH wahai pembaca blOgku.. :)

Story Me.. You

cHit-cHat ToGetHEr

~ASSALAMUALAIKUM~
!


.
Memory.
SAYA SAYANG ALLAH..SAYA RINDUKAN NABI MUHAMMAD SAW.. HANYA ISLAM DIHATIKU..AKU INGIN MENJADI PEJUANG YANG DAPAT MEMBANGKITKAN MARTABAT ISLAM..AKU BAKAL DIKAFANKAN....-.-
BIg cLapS!

Template: Nurul Aini
Owner: Khairieynas
Others: ❤●·  ❤●•٠·
JAGALAH DIRIMU WAHAI HAWA
Wednesday, 26 December 2012 | 22:53


ASSALAMUALAIKUM..


Bismillahhirrahmanirrahim...



 Hawaku..

Aurat mu itu sangatlah berharga. Khas untuk si suami sahaja. Kecantikan mu tidak menjamin syurga jika aurat mu terdedah. Kamu tahu ianya berdosa tetapi kenapa kamu masih tak tutup aurat? Jika kamu memakai hijab, takkan terasa panasnya, sebaliknya hanya rasa selamat dan tenang dilindungi diri mu dari pandangan ajnabi.


 Kamu tahu balasan wanita yang tidak menutup aurat tetapi kenapa kamu masih berpura-pura tidak tahu? Aku tidak mengatakan yang aku ini ahli syurga tetapi aku sendiri tak nak tengok saudara seislam ku dilemparkan ke dalam api neraka. Tegur kerana sayang. Apa yang best nya jadi kegilaan ramai lelaki? Kenapa mesti berebut untuk menjadi yang tercantik pada pandangan lelaki ajnabi? Apabila kamu sedar pasti kamu akan rasa menyesal kerana mendedahkan aurat mu kepada lelaki yang tidak sepatutnya. Juga menyesal kerana melanggar perintah Allah. 

Adakah kamu merasakan bahawa kamu sudah hebat sehingga boleh sesuka hati langgar perintah Allah? Astaghfirullah. Sedarlah....

 Pintu taubat masih terbuka luas untukmu


 Sementara masih sempat, kembalilah ke jalan Allah. Dan wanita yang memakai hijab, labuhkan tudung mu menutupi dada. Pakai baju lengan panjang. Sarung lengan tu kalau pakai baju lengan pendek, masih nampak bentuk lengan. Longgarkan baju mu. Longgarkan seluar mu. Tak nak la kalau dah pakai tudung, baju nampak bentuk badan, seluar nampak bentuk kaki. Pakai stokin. Kaki tu aurat juga :) Nak senang? Pakai jubah dan tudung labuh :) Itu pon ok..


macam-macam warna dan gaya. Tetapi pilih tu jangan pilih yang menonjol sangat. Contohnya yang coraknya berlebihan atau warna yang sangat menyerlah. Boleh tarik perhatian ajnabi juga tu. Kita ni khas untuk si suami sahaja jadi janganlah tunjuk kepada orang yang tak sepatutnya.



 Menyentuh isu minyak wangi pula, AllahuRabbi..


"Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi,kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina."



(Hadi Riwayat Ahmad, Nasa'i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa)


 Jadi nak pakai minyak wangi tu boleh tapi cari yang tiada alkohol atau bau yang terlalu kuat. Berhati-hati ye kaum hawa :) Kita sudah ditinggikan darjat sampai apabila kita menjadi seorang ibu, syurga di bawah telapak kaki kita. Jadi janganlah pula kita merendahkan martabat sendiri :)  Kalau dah terdedah, dah tak istimewa kan? Yang tertutup itu lebih indah :) Percayalah...




Mungkin susah nk ikot semua ni di dunia tetapi inagatlah diakhirat nanti kamu akan mendapat ganjarannya.. 


Wallaua'alam.. sumber dari majalah2 pilihan.. =)





ALHAMDULILLAH..Syukran kepada yang sudi membaca...



|