----- Feel Free To visit my blog -------!>
Searching for....jannah

Memories of Love
sweet owner
letak curSoR pada gmbar



Hello and Assalamualaikum...Salam Ukhwah fillah..Semoga kalian dirahmati ALLAH wahai pembaca blOgku.. :)

Story Me.. You

cHit-cHat ToGetHEr

~ASSALAMUALAIKUM~
!


.
Memory.
SAYA SAYANG ALLAH..SAYA RINDUKAN NABI MUHAMMAD SAW.. HANYA ISLAM DIHATIKU..AKU INGIN MENJADI PEJUANG YANG DAPAT MEMBANGKITKAN MARTABAT ISLAM..AKU BAKAL DIKAFANKAN....-.-
BIg cLapS!

Template: Nurul Aini
Owner: Khairieynas
Others: ❤●·  ❤●•٠·
Putera Agama..
Thursday, 28 February 2013 | 05:43


ASSALAMUALAIKUM..


Alhamdulillah..aku masih dikurniakan nikmat oleh-Mu YA ALLAH untuk bernafas di muka bumiMu ini dengan dua nikmat yg terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam..Alhamdulillah..

Hari ini aku ingin menyentuh satu tajuk yg menarik iaitu PUTERA AGAMA :)


Seperti yang korang dpt tngk di Facebook,Twitter dsb kebiasaannye ikhwan-ikhwan (lelaki) akn post dan tweet soal cinta,kehidupn,bola dsb..

TETAPI..

Pastinya kata-kata islam,tazkirah,tweet islamic dsb jarang ditemui..

Aku pasti kata-kata ini tidak akan terungkap oleh lelaki biasa kecuali mereka ialah PUTERA AGAMA ( Rijal al-Din)..
Kata-katanya amatlah lembut,bersopan santun, dan amatlah berhati-hati dalam pertuturan ..

PUTERA AGAMA..Bagaimana cara mengenali mereka???


.tatkala lelaki lain sibuk update status fb dan twitter, putera agama sibuk update dan upgrade imannya, al-Qurannya, akhlak dan ilmunya. Ketika lelaki lain sedang memikirkan sesuatu untuk jangka masa pendek, dia sudah memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk jangka masa panjang. Di saat lelaki lain bergelumang dengan maksiat perhubungan dengan wanita, putera agama giat mencari duit halal untuk menyegerakan akad nikah. Di waktu lelaki lain tersungkur putus asa-kecewa-gagal dalam kehidupan, putera agama tegar dengan al-Quran dan semangat Rabbani..


..tatkala lelaki lain mencuci mata melihat aurat wanita yang terdedah, putera agama itu berusaha menutup dan menjaga maruah para muslimah. Sementelah ketika lelaki lain sibuk merosakkan masa depan wanita, dia tampil melindungi dan membela. Di saat lelaki lain berusaha untuk terus hidup di atas dunia, putera agama sibuk dengan persiapan menghadapi mati. Ketika lelaki lain kurang menyenangi dakwah, dia giat membangkit usrah, menyampai tarbiyyah. Katanya "daulah" semuanya bermula dari bawah. Di waktu lelaki lain hanya melihat kezaliman demi kezaliman pada orang Islam, putera agama makin kuat semangat ingin berjihadnya...



.. tatkala manusia membelakangkan agama, dia ke depan memperjuangkan bendera agama. Ketika lelaki-lelaki lain sibuk mengayat awek-awek cun, dia sibuk mengayat Allah dengan zikrullah dan solat malamnya. Sedang lelaki lain berusaha memanah hati-hati wanita lemah, dia lagi hebat berusaha dengan "panahan malam" yakni doa yang tidak tertolak di tahajjud sepertiga malam. Sedang lelaki-lelaki lain sibuk memikirkan masa depan dan kerjaya, dia tidak pula mengenepikan masa depannya tetapi memikirkan sekali masa depan umat Islam dan memberikan idea serta alternatif dalam membangunkannya.



.tatkala lelaki lain mengenepikan Allah, putera agama makin mendalam cintanya pada Allah dan RasulNya..



Sesungguhnyaa putera agama itu hanya satu dalam sejuta... Wahai ikhwan sekalian berubahlah dan berusahalah menjadi PUTERA AGAMA yang dapat membahagiakan Muslimah Sejati diluar sana..



sumber ilmiah=gabungan  buku-buku islam..artikel-artikel
pOst ini langsung tiada kaitan samaada yg masih hidup ataupun yg telah kembali ke rahmatullah.

wallahu alam..


ALHAMDULILLAH..Syukran kepada yang sudi membaca...



|