----- Feel Free To visit my blog -------!>
Searching for....jannah

Memories of Love
sweet owner
letak curSoR pada gmbar



Hello and Assalamualaikum...Salam Ukhwah fillah..Semoga kalian dirahmati ALLAH wahai pembaca blOgku.. :)

Story Me.. You

cHit-cHat ToGetHEr

~ASSALAMUALAIKUM~
!


.
Memory.
SAYA SAYANG ALLAH..SAYA RINDUKAN NABI MUHAMMAD SAW.. HANYA ISLAM DIHATIKU..AKU INGIN MENJADI PEJUANG YANG DAPAT MEMBANGKITKAN MARTABAT ISLAM..AKU BAKAL DIKAFANKAN....-.-
BIg cLapS!

Template: Nurul Aini
Owner: Khairieynas
Others: ❤●·  ❤●•٠·
HIJRAH. ape tuu??? mana nak cari?
Thursday 12 June 2014 | 05:58




HIJRAH
Empat huruf. Satu perkataan. Punya meaning yang cukup besar kepada kita sebagai seorang Muslim khususnya.

Hijrah dari segi bahasa bermaksud memutuskan hubungan, berpindah atau meninggalkan sesuatu tempat atau seseorang. Manakala dari segi syari'enya, hijrah mengandungi dua pengertian; umum dan khusus. Pengertian umumnya adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang Allah menuju apa yang diperintahkan olehNya. Hal ini sesuai dengan hadith Nabi SAW:


"Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah."[Hadith Bukhari dan Muslim] 

Konsep hijrah yang khusus dalam Islam merujuk kepada penghijrahan ar-Rasul SAW dan para sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah demi menyelamatkan dakwah yang sudah semakin terancam di Mekah. Ia juga merupakan perintah dari Allah yang mengizinkan baginda dan para sahabat untuk berpindah ke Madinah.

(Nota: Hijrah yang PERTAMA dalam seerah Islam bukanlah hijrah umat Islam ke Madinah, tetapi hijrah para sahabat ke Habsyah.)

Saya rasa tidak perlulah saya bercakap panjang lebar tentang ibrah di sebalik hijrah Nabi, mengapa ia bukan dikira sebagai melarikan diri dan sebagainya. Semua itu boleh anda perolehi daripada buku teks Pendidikan Islam di kedai-kedai buku yang berdekatan. Eheh.

Sabda Nabi SAW,


“Tiada hijrah selepas al-Fath (pembukaan Mekah), tetapi jihad dan niat. Apabila kamu dikerah untuk berjuang, maka segeralah menyahutnya!"[Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain]


Nah, apa erti hijrah buat kita, sekiranya tiada lagi hijrah selepas penghijrahan Nabi ke Madinah? Sekadar fakta yang tersimpan dalam buku sejarah? Sekadar satu titik noktah dalam calendar kuda Cina? Sekadar lirik lagu yang dinyanyikan di ambang 1 Muharram? (Oh di tepi jalan, tarikh sebenar Nabi berhijrah bukan 1 Muharram; baginda dan Abu Bakr r.a. tiba di kota Madinah pada 12 Rabi’ulawwal tahun ke-13 keNabian).

Hijrah dari segi fizikalnya, memang sudah tiada. Hijrah baginda dan para sahabat dari Mekah ke Madinah adalah penghijrahan agung yang menukar terus lanskap dakwah di jazirah Arab dan seluruh dunia. Ia adalah perintah rabbani, yang telah diatur dan dirancang dengan sempurna oleh Allah SWT; itulah satu-satunya hijrah sebegitu rupa kerana ia melengkapkan usaha dakwah baginda.

Kerana itu kita perlu kembali kepada makna hijrah dari segi umumnya, yakni Namun hijrah dari segi ruhnya, dari segi hatinya, dari segi jiwanya, akan terus relevan hingga ke akhir zaman. Yakni penghijrahan hati kita dari lubuk yang busuk kepada suatu tempat yang lebih tinggi dan bersih. Penghijrahan jiwa kita dari jurang api neraka ke taman-taman sorga. Dan penghijrahan ruh kita, daripara seorang manusia yang angkuh dan sombong, kepada seorang hamba yang tunduk dan patuh kepada Tuhan yang Maha Kuasa.

Ya, hijrah yang itu tetap ada, malah setiap manusia yang mengakui dirinya hamba kepada Allah yang Esa dituntut untuk melakukan penghijrahan tersebut. Sepertimana kisah seorang lelaki yang telah membunuh 100 nyawa dan diarahkan untuk berhijrah, semata-mata kerana mahu menyelamatkan aqidahnya.

Lantas, apa erti hijrah untuk kita?


Jeling.

Hidayah itu perlu dicari. Ya, titik tolak perubahan itu, andai ia tidak datang bergolek dan jatuh ke riba anda, maka anda perlulah mencarinya. Mencari titik perubahan yang akan membawa anda berjumpa dengan Makcik Hidayah. Dengan kata lain yang lebih mudahnya, anda perlu sentiasa bermujahadah dan berusaha gigih kembang kempis hidung untuk berubah dan berhijrah menjadi lebih baik, sama ada anda ketemu atau tidak dengan muntalaq anda itu.

Percayalah, sekiranya anda ikhlas untuk berubah, anda benar-benar bersungguh untuk berhijrah menjadi seorang manusia yang lebih baik dan taat dan patuh kepada perintahNya, tidak ada alasan untuk anda tidak bertemu dan beramah mesra dengan Makcik Hidayah. Andai anda benar-benar berazam dan bertekad untuk melakukan perubahan yang total pada diri anda, tidak mahu lagi terperosok dan tersorok di lembah kemaksiatan yang hina dan busuk, percayalah, anda akan ketemu dengan jalan keluarnya.


"...Barangsiapa yang hijrahnya menuju Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya..."[Riwayat Bukhari; hadith 1 dalam Arba'in an-Nawawiyah]

Jangan tunggu sehingga Makcik Hidayah datang menjemput anda dengan hamparan permaidani merah. Jangan tunggu titik tolak itu sebelum anda mahu bertaubat dan kembali padaNya. Dan jangan tunggu sehingga sampai seru sebelum anda mahu berubah.

Kerana dikhuatiri, sekiranya anda terus menunggu, muntalaq itu hanya akan tiba apabila Izrail datang menjemput anda buat selamanya. Dan ketika itu, sebesar-besar titik dan sekuat-kuat tolakan tidak akan mampu mengubah apa-apa.

Berlarilah dan teruskan berlari, selagi mana anda masih punya kaki. Ahah.



Dan oh, anda mahu tahu mengapa anda masih hidup pada tahun baru ini? Kerana Dia mahu anda berubah. Dia mahu anda menjadi lebih dekat denganNya.


Offical Nurun Nisa' 
Rujukan- Majalah Q&A


ALHAMDULILLAH..Syukran kepada yang sudi membaca...